Buat tatapan sahabat2 sekalian especially students BIOSYSTEM intake July 2005....
Tak pernah terduga yang aku akan menyambung pelajaran di UniKL selepas menamatkan matrikulasi di PASUM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya). Mungkin inilah takdir Allah yang menemukan kita disini. Masih ingat lagi, aku dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UM dalam course Science Com. Namun seorang teman telah menceritakan pada aku tentang universiti ni (waktu tu dia amik diploma kat sini). Katanya ada course bru nak bukak kat sini (Biosystem Engineering). Tertarik dengan cadangannya, aku terus buat keputusan sambung blajar kat sini..
Blajar dalam course yang bru ni memang diri kena siap sedia untuk menempuh banyak cabaran. Maklum la, kitaorang ni macam anak sulung la kan. Semua benda kitaorang yang kena tempuh dulu. Rasa macam bahan eksperimen pun de jugak kadang2. Tapi alhamdulillah, Allah telah membantu aku & kawan-kawanku selama ni.
Minggu2 pertama kat sini macam kat tempat lain la jugak kena join orientasi, kalau tak salah diorang bagi nama Minggu Silaturrahim Siswa. Masa ni la aku menambah ramai kenalan dari merata tempat. Fasi2 masa tu pun memang best la. So, enjoy sangat minggu tu. Masa tu aku dah knal Shida & Aemy (my new coursemates).
Hari pertama, kitaorang dah lewat masuk kelas (tapi takda la lambat sangat). Sebabnya kitaorang pegi tengok jadual & cari kelas. Ingat lagi masa tu kelas En. Nasir (Mathematic). Nasib baik En. Nasir baik orangnya. Dalam kelas, kita orang pun berkenalan la sesama sendiri. Masa tu dak2 kelas ada lebih kurang 24 orang (lelaki 11, perempuan 13). Mulai hari itu, kita smua dah mula berkawan.
Masuk sem 2, dak kelas kita dah tinggal 23 orang (sorang dak pompuan dah keluar - masalah peribadi). Kita smua masih cam tu jugak, berkawan, bergurau, wat keja sma2, bergaduh skali-skala. Kalau korang masih ingat, ni la gambar masa karnival sukan yang pertama kita join kat sini. Masa tu, boleh dikatakan orang yang sama terpaksa join bermacam game. Maklum la, kita kan 1st batch. Yang best tu, banyak jugak la game yang kita kalah. Kalau menang pun, peringkat awal ja, masa final or semi final mesti kalah gak. Takpa la, yang penting kita smua enjoy & happy. Menang or kalah belakang citer, yang penting kita dah usaha.
Penyorak setia
Ni pulak gambar yang kita amik masa sem 2. Everybody seem educated.
Dah setahun kita bersama. Memang banyak kenangan dah aku lalui bersama kalian, sedih, gembira, susah dan senang. Masuk sem 3, kita dah dapat junior. Tapi de ex-students yang dulu nya amik diploma masuk course kita. Ada some subjects diorang join skali dalam kelas kita. So, bertambah ramai la ahli biosystem.
Ni masa kita pegi lawatan kat IKIM.FM. Masa ni dalam konti. Kedatangan kita dialu-alukan oleh kakitangan IKIM. Terima kasih sebab bagi peluang pada kami smua untuk mengetahui proses2 ketika rancangan radio ke udara. Terima kasih IKIM. FM!!!!! Kita ada buat permintaan lagu masa tu tapi sayang takda sorang pun yang sempat dengar bila lagu tu dimainkan di radio.
Blajar dalam course ni banyak bagi pengalaman & ilmu kat kita. Kita didedahkan dengan hands on di dalam lab,blajar teori di dalam kelas dan juga menimba ilmu & pengalaman dengan field work or site visit. Kita banyak dapat peluang untuk melawat kilang2 yang relate dengan apa yang kita belajar pada setiap sem.
Ni gambar masa kita melawat ke Yakult kat Seremban. Seronok dapat melawat kilang & blajar tentang proses2 yang berkaitan. Dapat bawak balik air free lagi. Thanks YAKULT !!!!!!!!!!!!!
Yang ni pulak masa pegi melawat kilang Gardenia. Banyak jugak la produk Gardenia yang kami dapat. Goody bag diorang memang de banyak makanan. Thanks to Gardenia!!!!!!!!!!!!...
Ini gambar masa kita wat lab kat MARDI. Terima kasih sebab bagi peluang kat kami untuk menimba ilmu dan pengalaman di sana. Kiranya kami dah tau macam mana proses menyimpan makanan dalam tin yang ada kat pasaran tu. Semua makanan yang kitaorang packing, smuanya kitaorang bawak balik. Thanks again MARDI !!!!!!
Satu lagi pengalaman yang paling best adalah field work kat klantan. Masa tu kita kna wat monitoring kat sungai klantan (dengan kerjasama USM kubang kerian). Kita pegi masa cuti sem. Lebih kurang 1 minggu jugak la kat sana. Tapi memang seronok la. Sambil bekerja, sambil makan angin. Ini la gambar2 aktiviti yang sempat kitaorang snap masa tu.
Gambar kat bawah ni rasanya kita amik masa sem 4 atau sem 5 (tak ingat dah). Masa ni ada sorang mamat ni sesat kat lam kelas kita. Tapi dia memang dah kamceng ngan dak2 kelas kita, so terima jelah dia seadanya. Kalau waktu bergambar, dak2 kelas kita memang terkenal dengan kehebatannya. Masing2 memang pantang nampak kamera or orang nak bergambar, smua pun nak join skali. Dah paham sangat perangai masing2 ni.
Seterusnya gambar ketika kita pegi INBIOSIS kt UKM. Rasa macam sem 6 kot. Terima kasih sebab sudi menerima kehadiran kami di sana. Layanan cukup memuaskan. Best dapat ushar lab2 kat sana.
Sepanjang tempoh pengajian kat sini, de banyak program yang kita join. Biasa la, ada yang wat keja, ada yang x, ada yang involve & de gak yang bagi arahan ja. Tak kesah la, yang penting kita semua happy. Semua tu pun dah jadi kenangan untuk kita smua.
Masa ni de karnival sukan inter department. Walaupun tak semua aktiviti yang kita join tapi bleh dikatakan aktiviti2 yang kita join hari tu, kita berjaya mendapat hadiah.
Masa ni dak lelaki kena main bola jaring. Tapi korang memang terrer habis la. Lagi pun jaguh bola keranjang de lam team kita. Tahniah !!!!!!!!!!
Yang ni pulak bowling buah kelapa. Tengok macam senang tapi susah sebenarnya.
Ini pulak masa sambutan Maulidur Rasul peringkat kampus. Cantik kan banner kitaorang tu. Itulah hasil design acap, amin & the gang. Malam sebelum tu kitaorang bersusah payah menyiapkannya kat cafe. Siangnya tu kitaorang berarak sambil berselawat dari cafe ke surau. Pastu dengar ceramah.
Lawatan kita yang terakhir adalah Cameron Highland. Macam biasa la, sambil pegi menimba ilmu, kita pun cuti2 Malaysia. Penginapan & pengagkutan semuanya ditanggung oleh pihak universiti (smua lawatan kami sepanjang pengajian). Rasa-rasanya, itulah kenangan paling best untuk kita smua. Walaupun sekejap saja kita kat sana, tapi kita tetap happy. Kita melawat kilang teh BOH, kita juga pegi MARDI. Selebihnya kita menghabiskan waktu dengan berjalan-jalan, bergambar & shopping. Thanks to pihak universiti sebab bagi kami peluang untuk merasai semua ni.
Sebelum kita semua balik, kita sempat sambut besday Amin. Makanan pada malam tu semuanya Amin yang sponsor. Thanks Amin!!!!! Walaupun smua orang x dapat join tapi yang pasti acara pada malam tu tetap best. Dak-dak laki sronok main kejar2 sambil sapu kek kat badan member. Itulah perangai kami, walaupun dah besar, tapi kadang2 perangainya macam budak2.
Emh....Rasa seperti baru semalam kita berkenalan. Sedar tak sedar kita dah pun selesai praktikal & bakal graduate bulan 10 (2009), InsyaAllah. Sememangnya setiap waktu yang kita lalui bersama selama 4 tahun ni terlalu bernilai. Mengenali kalian membuatkan hidup ni indah. Our sharing moment together was too great. Masing-masing mempunyai karakter tersendiri yang menghiburkan hati. Walaupun penat melayan karenah yang pelbagai tapi ia satu pengalaman yang manis. Harapnya, ukhuwah kita tak berhenti di sini. Biar la kita sentiasa bertanya khabar sampai bila-bila. Hingga itu, see u all on graduation day !!!!!!!!!!!!........
No comments:
Post a Comment